upin & ipin

Wednesday, September 29, 2010

penkalang gelap









Kota Duyong



Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Jika anda memandu dari bandar K. Terengganu menghala ke Kota Baharu, ikut susur keluar sebelah kiri selepas berada di hujung jambatan Sultan Mahmud. Jika dari Kota Baharu, ikut susur keluar sebelah kiri sebelum melepasi jambatan Sultan Mahmud.



Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.



Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.

sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Duyong

Pulau Kapas






Pasirnya yang putih umpama kapas, airnya yang jernih bak kristal, berkilauan bila di sinari sang mentari. Liuk lintuk dedaun kelapa bila di tiup sang bayu seolah -olah menggamit pengunjung agar berkunjung ke Pulau Kapas yang terkenal di Marang, Terengganu.Lokasinya hanya 6km dari Pantai Marang dan mengambil masa selama 30 minit dari Jeti Marang untuk sampai ke Pulau Kapas.
Pulau ini amat sesuai untuk bersantai dan menenangkan minda.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh memenuhi percutian anda umpamanya snokel, menyelam, berenang , kayak dan memancing. Mungkin anda tidak akan jemu unrtuk berkunjung lagi ke Pulau Kapas yang indah ini.

Pemandangan Pulau Kapas dari Pantai Marang. Nampak macam dekat, tapi kalau bewrenang
belum tentu sampai


Butir - butir pasir di Pulau ini putih bak kapas menambahkan keinginan untuk sampai ke sana

Pasar Kedai Payang




Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.



Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

Tips

Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!

Pengangkutan

Jalan Kaki atau Teksi
Pasar Payang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan mudah untuk ke sini walau di mana anda menginap.

Penginapan

Bandar Kuala Terengganu menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel bertaraf 5-bintang.



Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah and Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Tuesday, September 21, 2010

Golf De Terengganu..






Di Terengganu mempunyai padang golf yang banyak dan dikatakan hampir setiap daerah mempunyai padang golf. Jika di Dungun terdapat dua padang golf iaitu Kelab Golf Desa Dungun, Sura Hujung dan Kelab Golf Bukit Besi di Bukit Besi.


Di Bukit Besi terdapat padang golf yang cukup cantik hasil gabungan hutan dan tasik. Padang 18 lubang dibuka pada tahun 1991 dengan keluasann 74 hektar. Manakala panjang keseluruhan 18 lubang ialah 6,058 meter dengan Par 72.

Bila anda bercuti di Bukit Besi jangan lupa membawa set golf kerana padang golf ini mempunyai keindahan flora dan fauna. Tempat penginapan pun disediakan.

INFO

Di Miliki
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Kontek
Mohd Rashidi - 019 956 4760

Lokasi
Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Green Fee
RM75 untuk seorang
RM110 untuk berdua
Bayaran termasuk buggy & Green Fees 18 lubang

Jarak
77 km dari Kuala Terengganu
33 km dari Dungun

Penginapan
Hotel Orkid Puteri
Harga RM80-RM150
Di kawasan Rumah Kelab Golf


Keistimewaan
Lubang 17, Par 5 mempunyai pemandangan yang cantik ditepi tasik yang dikenali sebagai ''signature Hole' .




Kuala Iba

Kuala Ibai bukan sahaja terkenal dengan keindahan Masjid Terapung tetapi juga memiliki muara sungai yang sangat cantik dan indah. Anda akan terasa kecantikan apabila anda melalui atas jambatan Kuala Ibai.


Inilah suasana indah di muara sungai yang menghala ke Lautan China Selatan. Kejernihan air sungai yang bercampur dengan air laut begitu memukau. Apatah lagi berlaku pertembungan air sungai dengan air laut yang jarang kita boleh saksikan dengan secara lebih dekat lagi.


Dengan keindahan pokok rhu dan keredupan pokok menyebabkan kita rasa nyaman dan damai. Sambil berehat di muka kuala ini, kita dapat memerhati aliran sungai yang mengalir ke muara. Burung-burung helang yang berterbangan menambahkan lagi keindahan muara sungai Kuala Ibai.

INFO


Lokasi
Di kawasan Masjid Terapung ( Masjid Tengku Fatimah Tengah)

Jarak
5 km dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu

Penginapan

Terengganu Equestrian Country Resort
PT 1969, Mukim Kuala Ibai,
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6177755
Faks: 09-6170055
Laman Web: http://www.ter.com.my
Emel: enquiry@ter.com.my

Qurata Riverside Resort
Lot 175K, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6175500
Faks: 09-6175511

Permai Hotel
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6222122
Faks: 09-6222121
Laman Web: http://www.permainnkt.com.my
Emel: sales@permaiinnkt.com.my

Green Acres Golf & Country Resort
Lot PT 969, Kg. Tok Adis,
Mukim Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6163500, 09-6163600
Faks: 09-6163700



Keistimewaan
Berdekatan dengan Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Country Resort, Taman Lagun Kuala Ibai, kawasan pancing ikan, gerai jual kerepok dan Kampung asal pelumba basikal Negara, Anuar Manan.